Buat saudara yang Aku kenali, sesungguhnya pertemuan dan
perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya.
Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat
pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan
mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya,
kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia,
belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna
Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia
tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku
dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal
mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu
adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk
menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada
kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku
membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia
adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah.
Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak
layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha
Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia.
Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan
ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
No comments:
Post a Comment